Wednesday 9 November 2011

Andai aku blogger terkenal

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !! 

        Pada hari yang berbahagia ini saya ingin mengistiharkan kemasukkan saya dalam satu penyertaan bertajuk "Andai aku blogger terkenal" yang dianjurkan oleh seorang blogger yang comel-comel belaka. (pehh ayat sangat skema =.=") Mereka terdiri daripada tiga orang pelajar iaitu Soofiyah, Balqis Azhar dan Snissa Karim. Baiklah, tanpa membuang masa..tenaga  dan bettery lappy saya ini.. Saya akan terus kepada agenda utama kita.. Apakah itu??(hehh tengok tajuk pon suda tau la kan >peace< )


    "Andai aku blogger terkenal" Kenapa kebanyakkan orang mahu menjadi seorang blogger yang terkenal?? Adakah apa yang dimahukan mereka itu hanya sekadar mengejar  populariti semata-mata atau kemegahan sahaja?? Saya yakin setiap orang pasti mempunyai pendapat yang berbeza dari sudut pandangan yang berbeza dan mempunyai alasan mereka yang tersendiri juga.
     Baiklah, oleh kerana tajuk ini megenai Andai aku blogger terkenal dan perkataan 'aku' itu menjurus kepada saya.. Maka jalan cerita ini akan tertumpu sepenuhnya kepada saya, tentang mengapa dan kenapa saya mahu menjadi seorang blogger yang terkenal. Apakah tugas seorang blogger itu?? Mereka ialah orang yang bertanggungjawab meyampaikan informasi dan maklumat kepada pembacanya tidak kiralah maklumat mengenai hal-hal isu semasa, dunia hiburan atau soal peribadi (tu semua dikira maklumat jugak kan?? hehe). Justeru itu, sebagai seorang blogger terkenal saya sangat gembira jika saya dapat berkongsi maklumat dan ilmu yang serba-sedikit ini dikongsi  bersama kepada seluruh pembaca termasuklah di dalam negara atau di luar negara kerana ilmu itu ialah pemberian Allah S.W.T dan ilmu jugak dikatakan sebagai pelita hidup yang dapat membantu menerangi kehidupan kita.(wahh berperibahasa pula >.< )
    Selain itu, sebagai seorang blogger yang terkenal juga saya sangat berbesar hati dan menghargai mempunyai sejumlah pengikut yang setia membaca setiap 'entry' yang ditulis oleh saya. Mereka menjadi rakan saya dengan ikhlas tanpa meminta balasan.(ecehh cehh :D) Mungkin saya tidak termampu untuk membalas jasa mereka itu dan hanya doa untuk keselamatan dan kesejahteraan yang saya titipkan kepada mereka. Dengan menjadi seorang blogger yang terkenal saya dapat menambah rakan kenalan saya dari seluruh dunia dan itu juga dapa mengiratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
    Seperkara lagi, jika saya ialah seorang blogger yang terkenal dalam bidang "meng'edit' blog" (maap tak tau apa istilah tu =.=") saya akan cuba bertukus lumus mencipta sebuah tutorial yang baru dan lain daripada orang lain untuk semua rakan-rakan saya . Di samping itu, saya juga akan cuba mencipta sesuatu yang baru pada setiap kali saya membuat tutorial. Saya berasa sangat gembira jika tutorial yang saya cipta itu diguna pakai untuk keselesaan dan kegembiraan semua orang.  Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mencari musuh di sini. Saya mahu kita semua saling berkongsi ilmu apa yang ada pada diri kita dan saling bertukar pandangan. Saya jugak tidak akan sekali-kali bersikap sombong kepada semua rakan saya .. Kerana berdirinya saya disini sebagai seorang blogger terkenal bukan sahaja kerana usaha saya sendiri , tetapi dengan izin Allah juga serta  berkat daripada rakan-rakan yang selama ini menyokong saya dalam bidang penulisan blog ini. Saya amat menghargai mereka.. kerana tanpa mereka siapalah saya sekarang ini. Selain itu , kedudukan saya sekarang ini sebagai seorang blogger yang terkenal tidak semestinya sentiasa di atas sahaja , kadang-kala akan berada di bawah juga .. Kerana hidup manusia ini sentiasa berputar kadang-kala mereka di atas dan kadang-kala mereka di bawah.
    Kesimpulannya, saya sentiasa berwaspada pada diri sendiri agar tidak lupa daratan atau menjadi seperti kacang lupakan kulit. (adehh peribahasa lagi..) Saya juga berharap agar menjadi seorang insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. (doakan saya yerr >.< !! PEACE !)

Baiklah sudah selesai karangan aku ni.. Maap kalo tak best sebab aku bukannya seorang penulis yang baik uhuk-uhuk (tetiba jek terbatuk >.< ) Aku tak berharap sangat akan menang tapi tak salah kalo mencuba..ye tak :D (kot-kot boleh menang ke?? Alhamdulillah..) Korang doakan aku sekali ye :D (thanks you !!)

Oke.. Kalo korang berminat marilah Join !! Terutamanya bagi mereka yang suka membuat karangan >.< Tapi bagi mereka yang tak suka buat karangan pon takpe lah.. Join jer.. manalah tau korang boleh menang :)

Nak join?? Sila click di bawah ini >>



Aku dengar hadiah nya agak best jugak :D Sapa-sapa yang kaki novel tu aku suggest join lah contest ni :) hehee.. And Kalo nak tau lebih lanjut sila lah ke link di atas banner tu :D Kepada pihak penganjur terima kasih sebab ajak join contest ni :) 

#3 orang rakan yang di tag :D




P/s : Maap entry kali panjang sikit..(huhu bagi aku panjang sikit tak tau lah korang pulak kan ?? :D ) So aku dah blockquote kan karangan tu supaya  tulisan kecik sikit .. :D Kalau nak baca lebih jelas just halakan cursor kat si tu.. :)

0 comments: